Entry: Pertama & Terakhir Sunday, June 06, 2010



Hari ni kurang sedikit bebanan setelah satu sasaran tugasan settle jumaat lepas tinggal nak edit untuk dihantar ke pihak atasan ja.. lain2 bebanan meskipun masih bertimbun aku buat macam tak ada hari nie... setelah meneroka sana sini terpandang beberapa mesej penumpang hati yg masih tersimpan dalam inbox aku...

"U miss me? Ye ke niiii:-)? Timekasih le... Aku pun memang sentiasa rindukan mu. Diri Syg tu, x pernah lekang dr ingatan ku wlupun seketika. Aku berdoa pd Allah, semoga d panjang kan ukhwah kita ini hingga ke akhir hayat. I love U Syg & I will always love U with all my heart." 

" Thank you Syg. Kaulah sumber inspirasi ku. Aku cinta pd mu, aku sayang pd mu. Aku kasih pd mu. Tanpa kasih, sayang & cinta mu, tak akan bermaknalah hidup ku. "

"Salam Syg. Aku dah spi umah kul 6 smlm. Slps minum ptg bersama mak & mak2 sdra yg ada, sja2 aku meneroka ke kayangan. Aku singkap kembali cite d umah lama kita d pesanan peribadi. Aku tesenyum sendirian menatap titik permulaan  perkenalan kita. seronok sgt, betapa manisnya tinta mu yg membuatkan hati ku melonjak2 utk m'dekti mu & utk mengetahui rahsia hati mu & jg perasaan mu terhadap diri ku. Syg jg kata, terdpt ramai yg ingin m'dekati hati mu, tp semuanya Syg tangkis dgn bijak sekali & bg aku pula Syg x berdaya & pastu ingin m'hadiah kan ku sebuah piala. Itu adalah sebuah kenangan manis bg diri ku & x mungkin luput dr ingatan. Tika itu jg aku ingin menjerit sekuat2 hati nak bgtau seluruh dunia yg aku telah berjaya menawan hati mu wlupun aku tahu kau telah mempunyai insan lain selain aku. Indah sgt waktu itu Syg. belaian kasih kita penuh emosi & syahdu, rasa x jemu & x mau b'pisah barang sesaatpun. "

Sejurus itu akau terkenang akan situasi di mana saban solat aku akan sujud dan merayu harapan pada pencipta ku... Ya Allah!! Aku terus sujud dan sujud pada Mu mengharap kekuatan mengharungi segala ujian yg KAU takdirkan dalam laluan hidup ini… aku lemah Ya Allah... Aku mahu semua orang bahagia.. ceria.. gembira.. tapi bagaimana??? Moga kau sinari rahmat MU buat ku untuk itu.. biar aku wakafkan jasad ini moga insan-insan yg ada disisi ku dapat aku bahagiakan dengan pertolongan rahmat Mu.

 

Hanya KAU yg tahu apa yg berselirat dalam hati, jiwa dan minda ini.. aku harap KAU kuatkan semangat aku dalam mengharungi... menghadapi... segala yg di takdirkan buat ku.

 

Terima kasih atas rahmat kasih sayang yang di anugerahkan pada ku.. buat Insan depan mata dan Penumpang hati... Terima kasih kerana membahagiakan dan menceriakan hari-hari ku yang suram.. hanya kalian buat aku kuat terus semangat untuk menyusur kehidupan di dunia yang fana.. hingga satu saat aku kan di jemput kembali kesisi Nya...

 

Cuma dalam hidup ini.. apa yg paling aku impikan.. aku harapkan.. akau dambakan.. adalah hujung nyawaku di jemput kembali kesisi insan yg paling kucintai dalam hayat ini dalam keadaan tenang dan di redhoi... hanya KAU Ya Allah! Hanya KAU...

 

Rusty Blađe - Pertama & Terakhir

 

Sinar suria menerangi siang
Sang rambulan menyinari malam
Begitulah yang aku rasakan
Cintaku tak terpendam

Bunga mawar yang aku sayangi
Bila layu kusemat dihati
Tiada lain yang akan kucari
Kau yang pertama dan terakhir

Dalam lagu kucurah perasaan
Setulus hatiku menyampaikan
Kaulah satu yang sangat kuharapkan
Sebagai lambang kesucian

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments